Wednesday, September 14, 2011

Sebab-sebab org Melayu gagal dalam bisnes

Interesting read. I shall elaborate more in my later post but for now, enjoy reading!

Source Dr Azizan Osman 's Marketing Power





Sebab-sebab orang Melayu gagal dalam bisnes

1. Pemberi alasan - "Susah la nak jual corset ni. Ramai dah yang jual. Lagipun aku lelaki kot." "Kat sini TAKDE MARKET la , kawan i dah pernah buat dah"

2. Pemalas - "Malasnya nak pergi ambil stok baru kat gudang."  "Nantilah"

3. Penangguh - "Esok je la pergi ambil stok baru. Sempat lagi. Lagipun bukan ada demand sangat. Hari ni nak lepak-lepak je, dating ke, tengok wayang ke."

4. Perlahan-lahan - "Nak buat bisnes ni kena relax, tak boleh kalut-kalut. Slow-slow la buka kedai. Dorang memang takde pilihan lain dah, area ni aku sorang je buka kedai runcit. Mesti cari aku gak."

5. Penunggu - "Aku rasa kalau aku jual tudung mesti laku, tapi tak de orang la buat lagi. Arghhh! Tunggu je la dulu, kalau dorang buat, untung besar, baru aku jual."

6. Pengikut - "Eh! Jual charkuetiaw macam untung la. Mudah pula nak sediakan. Nak jual juga la. Modal bukan besar sangat pon."

7. Penyibuk - "Agak-agak berapa ye untung kedai depan tu hari ni?"

8. Penuduh - "Ni semua kedai depan tu punya pasal, macam tak boleh jual benda lain je. Tudung juga dia nak jual. Mampus la aku nk survive camni."

9. Pengkritik bukan pelaku - "Ape la dia ni. Tu pon tak reti nak buat, senang je kot. Campur je la air campur dengan batu. Jadilah ABC. Mudah je. "

10. Pertengahan jalan - "Susah la jual baju dalam ni, banyak competition, nak jual baju la pula. Mudah."

11. *Pembiawakan - Merujuk kepada sifat sesetengah golongan yang kuat dengki dengan kejayaan orang lain tetapi tidak berusaha untuk lebih berjaya malahan cuba menjatuhkan orang tersebut. Contoh: Seorang lelaki muda memandu kereta Audi meluncur megah disebelah seorang mamat menaiki kapcai. "Eleh! Tu mesti kereta pak dia tu, tak pon kereta company, ataupun dia tu driver VVIP. Jangan harap la muka camtu mampu pakai Audi. Aku yang kerja bertahun-tahun macam nak mati jadi despatch ni pon tak mampu nak pakai. Kerek gila dengan spek hitam segala. Minta-minta dia eksiden kat depan tu. Mati lagi senang. Nyampah aku tengok."


How many criterias above do we fit into? I know I fit into

some, so time to UN-biawak myself!

1 comment:

  1. hai dewi..cantiknya blog..:-)
    http://rafaliah.blogspot.com/2011/09/dari-4oz-ke-8oz.html
    kita exchg link yea..tq..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video